June 12, 2006

A letter to YB Shahrizat

Chong Eng

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

49, Lorong Tembikai 3,

14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang                                         Tel/Fax: 04-5392629

 

12 Jun 2006

Y.B. DATO’ SERI SHAHRIZAT BINTI ABDUL JALIL

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,

Jalan Dato’ Onn,

50515 KUALA LUMPUR.                                                                             Melalui Faks

 

Yang Berhormat Menteri,

 Per:"Utamakan Keluarga" – pertukaran guru harus diimbangi dengan keperluan keluarga

 

Berhubung dengan perkara tersebut diatas, saya telah pun menyampaikan masalah yang dialami oleh lebih kurang 200 orang guru wanita lepasan kursus khas untuk Non-Graduate Teachers kepada YB dalam suatu Talimat RM9 yang dianjurkan oleh kementerian YB pada 6 Jun 2006 di Hotel Hilton.

 

Guru-guru ini, selepas banyak tahun mengajar, membuat keputusan untuk mengikuti kursus khas yang di tetapkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menaikkan taraf diri. Kini mereka menghadapi masalah kerana   Kementerian Pelajaran menghantar mereka ke tempat yang juah dari tempat kediamannya. Ini bermakna mereka perlu meminda rumah, anank-anak mereka perlu tukar sekolah dan suami mereka juga perlu tukar tempat kerja. Kalau tidak, ahli-ahli keluarga akan terpaksa berpisah dan duduk didua tempat.

 

Rancangan Malaysia Ke-Lapan (RMK8) telah menyatakan bahawa keluarga merupakan unit penting untuk memupuk kestabilan sosial di Malaysia. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen "Utamakan Keluarga" untuk menyokong dan melindungi unit asas terpenting masyarakat kita. Atas prinsip ini, saya berpendapat Kementerian Pelajaran apabila membuat pertukaran guru harus turut menimbangi keadaan keluarga seseorang guru itu supaya keperluan tugas dan keluarganya sama-sama dijaga. Maklumlah Kaum ibu yang  bekerja pada waktu moden ini masih perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga anak dan mengurus keluarga.

 

RMK9 mengatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan dasar yang mesra wanita serta akan memberi galakan kepada golongan wanita untuk terus bekerja selepas berkahwin. Jadi saya harap YB yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan dasar ini dapat memastikan nasib guru-guru ini, yang juga menjadi ibu kepada anak-anak dan isteri kepada suaminya, dapat dibela, untuk menunjukkan bahawa "Utamakan Keluarga " bukan setakat slogan sahaja.

 

Kementerian Pelajaran harus menjalankan pengurusan dasar sumber manusia yang berorientasikan guru. Guru yeng rela meningkatkan kebolehan sendiri, menyambut baik saranan kerajaan dalam pembelajaran seumur hidup, melanjutkan perlajaran dengan kursus-kursus universiti harus diberi galakan dan bukannya disusah-susahkan.

 

Saya berbangga dengan kenyataan YB yang disiarkan dalam Star bertarik 11 Jun, yang mengatakan YB akan membawa isu ini untuk dibincang dalam mesyuarat kabinet yang akan datang ini. Saya ingin memberi sokongan penuh kepada YB Menteri dalam perkara ini dan semoga kita berjaya memberi makna kepada kempen "Utamakan Keluarga" .

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

YB Chong Eng

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Bagi Wanita DAP

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://mpchongeng.blogsome.com/2006/06/12/a-letter-to-yb-shahrizat/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.